Home / Arkib / Arkib Tempatan / MJHL 2014 / Piala Milo / Berita Piala Milo / Thunderbolt juara BERGANDA

Thunderbolt juara BERGANDA

Pemain Thunderbolt meraikan jaringan ke dua oleh Mu. Najmi Farizal Jazlan

Pemain Thunderbolt meraikan jaringan ke dua oleh Mu. Najmi Farizal Jazlan

Bukit Jalil, 9 Mac 2014; Thunderboltn membuktikan mereka adalah pasukan pilihan apabila berjaya menjuarai Piala Milo MJHL2014 apabila menundukkan UniKL Young Guns 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Milo MJHL 2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Kemenangan ini melengkapkan kejuaraan berganda Thunderbolt setelah mereka berjaya menjuarai division 1 MJHL 2014.

Walaubagaimanapun Thunderbolt dipaksa berhempas pulas sepanjang 70 minit perlawanan oleh pasukan UniKL Young Guns. Perlawanan dilihat seimbang dengan aksi saling berbalas serangan dilancarkan oleh kedua dua pasukan. Namun kekebalan barisan pertahanan menjadi penghalang kepada kedua dua pasukan menjaringkan gol.

Namun Thunderbolt berjaya memperolehi jaringan pada minit ke 32 menerusi pukulan sudut penalti oleh pakar pukulan sudut penalti mereka Muhammad Aminudin Mohd Zain. Gol itu menjadikan ketua pasukan Thunderbolt menambah koleksi jaringan peribadi sepanjang kejohanan ini menjadikan 18 gol.

Separuh masa kedua dilihat perlawanan semakin rancak dengan UniKL Young Guns cuba untuk mencari gol penyamaan. Namun ketumpulan barisan serangan UniKL sering mengecewakan anak anak buah Mohd Rodzhanizam Mat Radzi ini. Sebaliknya Thunderbolt berjaya memperolehi gol ke dua melalui pukulan sudut penalti oleh Muhamad Najmi Farizal Jazlan pada minit ke 57. UniKL cuba bangkit selepas itu namun gagal sehingga siren penamat perlawanan dibunyikan.

Thunderbolt membawa pulang RM25,000 selaku juara piala milo mana kala UniKL selaku naib juara membawa pulang RM15,000.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top