Home / Kejohanan / Thunderbolt Juara Lagi

Thunderbolt Juara Lagi

Penyerang pasukan SSTMI Thunderbolt Danial Asyraf meraikan jaringan kemenangan penalti Shoot Out SSTMI Thunderbolt

Penyerang pasukan SSTMI Thunderbolt Danial Asyraf meraikan jaringan kemenangan penalti Shoot Out SSTMI Thunderbolt

Bukit Jalil, 16 Mac 2015; SSTMI Thunderbolt melengkapkan kejuaraan berganda musim ini setelah menundukkan musuh tradisi mereka UniKL Young Guns 4-1 menerusi penentuan Shoot Out dalam perlawanan akhir Piala Milo 2015 petang semalam.

Perlawanan akhir ini merupakan pertemuan ulangan perlawanan akhir musim lalu. Namun seperti dijangka kan perlawanan ini bukan lah satu pertemuan mudah buat pasukan juara bertahan ini. UniKL Young guns di lihat tampil dengan corak taktikal yang cukup berkesan sehingga berjaya mengekang asakan bertali arus pasukan Thunderbolt. UniKL Young Guns cukup berterima kasih atas aksi cemerlang penjaga gol mereka Adi Fazri Ab Rahim yang berjaya menepis setiap cubaan yang di lakukan oleh barisan serangan Thunderbolt.

Kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga tamat perlawanan dan penentuan menerusi penalti shoot out menjadi penentu kemenangan. Thunderbolt berjaya melengkapkan 4 percubaan ke gawang manakala hanya 1 sahaja percubaan yang menerjah jaring pasukan Thunderbolt oleh UniKL Young Guns.

Menurut jurulatih pasukan Thunderbolt Ustaz Wan Roslan, perlawanan akhir ini di lihat sebagai salah satu perlawanan akhir yang paling sukar pernah di harungi oleh beliau. Pujian juga wajar di berikan kepada anak anak buah Vickneswaran apabila turun dengan semangat yang cukup tinggi dan juga permainan mantap.

Kemenangan ini membolehkan Thunderbolt membawa pulang wang tunai RM 25,000 manakala Young Guns membawa pulang RM15,000. Sementara itu penjaga gol Thunderbolt Syarifuddin Zain menggondol anugerah penjaga gol terbaik kejohanan. Biarpun tewas pasukan Young Guns terubat kedukaan apabila 2 pemain mereka menggondol anugerah individu. Penjaga gol Young Guns Adi Fazri Ab Rahim di pilih pemain terbaik perlawanan akhir manakala Maxhans Christi di pilih anugerah khas Chua Boon Huat.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top