Home / Arkib / Arkib Tempatan / MJHL 2014 / Piala Milo / Berita Piala Milo / Thunderbolt ratah OLAK

Thunderbolt ratah OLAK

Penjaring gol pertama Thunderbolt Daniel Asyraf Abd Ghani meraikan jaringan beliau bersama rakan sepasukan

Penjaring gol pertama Thunderbolt Daniel Asyraf Abd Ghani meraikan jaringan beliau bersama rakan sepasukan

Bukit Jalil,7 Mac 2014; Thunderbolt membuktikan mereka adalah pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan kali ini apabila layak ke perlawanan akhir dengan agregat 14-1. Thunderbolt mudah meratah OLAK 8-0 sebentar tadi dalam perlawanan separuh akhir kedua MJHL2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan 6-1 pada perlawanan pertama lalu tidak sedikit pun mengendurkan permainan pasukan yang berpengkalan di Johor Bahru ini. Asakan dan permainan kemas yang dipamerkan bermula dari awal permainan cukup untuk menggerunkan pasukan lawan. Malah gawang pasukan Olak yang dikawal M. Danial Mohd Zafrin dibolosi seawal minit ke 11 oleh penyerang lincah Thunderbolt Danial Asyraf Abd Ghani. Gol itu semakin menambah semangat pasukan Thunderbolt apabila sekali lagi mereka berjaya membolosi gawang lawan menerusi pemain berjersi no 6 mereka Muhammad Ammar Zahari pada minit ke 18. Pesta gol mereka diteruskan lagi menerusi ketua pasukan mereka Muhammad Aminuddin Mohd Zain menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke 31. Thunderbolt berjaya menambah 2 gol lagi sebelum siren separuh masa pertama dibunyikan oleh M. Zuhamizan Awang Abas pada minit ke 33 dan Muhammad Ammar Zahari pada minit ke 34.

Kegarangan Thunderbolt semakin ketara di separuh masa kedua apabila mereka sekali lagi membolosi gawang lawan seawal minit ke 35 oleh  M. Zuhamizan Awang Abas dan beliau sekali lagi berjaya menyudahkan peluang yang terhidang bagi melengkapkan hatrik beliau pada minit 42. Thunderbolt menutup petang gemilang mereka dengan jaringan ke 8 menerusi M.Amirol Aideed pada minit ke 68.

SSTMI Thunderbolt akan turun pada perlawanan akhir ini menentang satu lagi pasukan pilihan UniKL Young Guns manakala OLAK PKT akan menentang MBPJ bagi perlawanan klasifikasi 3/4.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top