Home / Arkib / Arkib Tempatan / MJHL 2014 / Piala Milo / Berita Piala Milo / Thunderbolt terlalu HEBAT

Thunderbolt terlalu HEBAT

Pemain Thunderbolt mudah menewaskan pertahanan MS Pahang JRS

Pemain Thunderbolt mudah menewaskan pertahanan MS Pahang JRS

Bukit Jalil,2 Mac 2014; SSTMI Thunderbolt terlalu hebat buat MS Pahang JRS apabila Thunderbolt mudah meratah MS Pahang JRS dengan jaringan 14-2 di stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Thunderbolt layak ke separuh akhir dengan agregat 22-2.

Thunderbolt turun pada perlawanan ini dengan penuh keyakinan setelah membelasah MS Pahang dengan jaringan 8-0 pada perlawanan pertama yang lalu. Namun pada perlawanan ini MS Pahang lebih dulu membuka jaringan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 13. Tersentak dengan jaringan itu pasukan Thunderbolt terus menggandakan asakan dan hasil nya 4 jaringan berjaya di perolehi sebelum siren separuh masa pertama di bunyikan.

Thunderbolt dilihat semakin bernafsu pada separuh masa kedua apabila menambah 10 gol lagi dan MS Pahang JRS hanya mampu medapat satu lagi gol sagu hati sebagai tanda gol terakhir mereka musim ini.

Thunderbolt akan turun pada perlawanan separuh akhir nanti bertemu pasukan dari Klang iaitu OLAK PKT

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top