Home / Berita & Artikel / TNB dan Uniten gilap bakat borneo

TNB dan Uniten gilap bakat borneo

 

Sesi bergambar peserta bersama semua wakil UNITEN, MRSM dan TNB Thunderbolts KLINIK HOKI UNITEN – MRSM 2014 Kuching, Sarawak

Sesi bergambar peserta bersama semua wakil UNITEN, MRSM dan TNB Thunderbolts
KLINIK HOKI UNITEN – MRSM 2014
Kuching, Sarawak

Laporan oleh Ikmal Abdul Jabar

Kuching, Sarawak – Pusat Sukan Tumpuan Hoki, Universiti Tenaga Nasional telah menganjurkan “Klinik Hoki UNITEN-MRSM” dengan kerjasama TNB Thunderbolts selama dua hari bermula 9 Ogos 2014 sehingga 10 Ogos 2014 bertempat di Stadium Hoki Negeri Sarawak.

Program ini melibatkan seramai 60 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar MRSM Zon Borneo (MRSM Kuching, Mukah dan Betong) dan mendapat khidmat kejurulatihan daripada pasukan TNB Thunderbolts yang membariskan bekas-bekas pemain kebangsaan. Klinik ini juga mendapat sentuhan daripada 2 bekas ketua pasukan Negara iaitu S.Kuhan dan Nor Saiful Zaini.

Objektif utama program ini dianjurkan bagi mengenalpasti peserta yang berbakat dan berpotensi untuk menjadi pemain pelapis negara dalam sukan hoki dan mempromosi UNITEN kepada pelajar-pelajar MRSM. Peserta berbakat dan dikenalpasti akan diberi penerangan dan bimbingan sewajarnya mengenai cara untuk membolehkan mereka diserap masuk ke universiti-universiti pilihan mereka di masa hadapan melalui program Pusat Sukan Tumpuan (PST) atau Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS). Klinik ini juga menawarkan beberapa cenderahati seperti Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak yang dinilai sendiri oleh barisan jurulatih. Turut hadir pada majlis penutup program ialah Prof. Ir. Dr. Kamal Nasharuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Alumni & Pengurusan, Universiti Tenaga Nasional.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top