Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / TNB di puncak liga

TNB di puncak liga

Penjaga gol UniKL Khairulnizam Ibrahim berhempas pulas mengawal gawang dari dibolosi oleh pasukan TNB

Penjaga gol UniKL Khairulnizam Ibrahim berhempas pulas mengawal gawang dari dibolosi oleh pasukan TNB

Bukit Jalil, 7 Ogos 2015; TNB membuktikan biarpun kehilangan pemain pemain utama nya yang berhijrah mereka mampu menjadi pesaing dan memberi cabaran dalam kejohanan TNBMHL 2015 musim ini apabila berjaya membenam cabaran UniKL 3-2 dalam pertemuan TNBMHL 2015 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang semalam.

Walaubagaiamanapun UniKL lebih dulu mencuri tumpuan apabila berjaya memecah benteng pasukan TNB di minit pertama setelah pakar pukulan sudut penalti skuad remaja kebangsaan Muhammad Najmi Farizal Bin Jazlan berjaya menyempurnakan pukulan sudut penati menewaskan bekas penjaga gol no 1 asia S Kumar. Gol itu menyentak semangat pasukan TNB yang diketuai bekas ketua pasukan kebangsaan Mohd Madzli Ikmar B. Mohd Nor. Perlawanan menjadi seimbang dengan kedua dua pasukan saling berbalas serangan dan permainan pantas dipamerkan oleh kedua dua pasukan. Namun kekentalan benteng kedua dua pasukan serta ketumpulan penyudah menidakkan angka jaringan berubah. Namun usaha TNB akhirnya berhasil apabila Shahril Saabah merobek gawang UniKL menerusi pukulan sudut penalti di minit ke 27. Kedudukan 1-1 kekal sehingga siren separuh masa pertama dibunyikan.

Perlawanan menjadi semakin rancak di separuh masa kedua dengan kedua pasukan saling berbalas serangan. Berpunca daripada salah faham yang berlaku apabila bola yang terkena kaki Umpire Iskandar Rashdan minit 41, kesempatan yang terhidang, berjaya disempurnakan Mohd Nor Aqmal Bin Abdul Gaffar membuatkan S Kumar tewas buat kali kedua. Biarpun kontroversi yang tercetus namun semakan video jelas menunjukkan tiada kesalahan dan gol itu tetap diambil kira. Kedudukan 2-1 jelas tidak merobek semangat pasukan TNB yang mengekalkan tradisi tiada pemain import didalam pasukan.  Pengalaman yang dimiliki oleh Madzli Ikmar dan Amin Rahim jelas berjaya membimbing pemain pemain muda pasukan TNB.

Usaha yang berterusan TNB akhirnya membuahkan hasil apabila pemain remaja kebangsaan Azril Misron berjaya meledak jaringan di minit ke 57 setelah pertahanan UniKL Baljit Singh gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.  Gol itu membangkitkan lagi semangat pasukan TNB apabila seminit selepas itu pemain kebangsaan Ramadan Rosli menjadi wira pasukan apabila berjaya memperdaya penjaga gol UniKL Khairulnizam Ibrahim bagi menjaringkan gol kemenangan pasukan TNB dan seterusnya meletakkan TNB di puncak liga setelah 2 perlawanan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top