TNB ke 3

Amin Rahim cuba menghalang kemaraan pemain Maybank Hafiz Zainol

Amin Rahim cuba menghalang kemaraan pemain Maybank Hafiz Zainol

Bukit Jalil, 14 Dec 2014; Naib Juara musim lalu TNB terpaksa berpuas hati sekadar tempat ke tiga bagi kejohanan Piala TNB 2014 setelah menewaskan Maybank menerusi Penalti Shoot Out dalam perlawanan klasifikasi 3/4 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi. Kedua dua pasukan terpaksa bertarung sehingga ke penentuan menerusi penalti shoot out setelah terikak 1-1 sehingga siren penamat di bunyikan.

Biar pun jelas kedua dua pasukan masih keletihan setelah tewas di perlawanan separuh akhir tempoh hari namun kedua dua pasukan turun dengan semangat yang membara serta corak permainan saling berbalas serangan di pamerkan. Namun TNB lebih dulu membuka jaringan menerusi pakar pukulan sudut penalti mereka Muhammad Amin Rahim seawal minit ke 3. Gol itu merancakkan lagi permainan dan Maybank dilihat lebih merbahaya namun sering di gagalkan oleh kekebalan benteng TNB serta penyudah yang lemah. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Maybank yang menyedari perlawanan ini adalah perlawanan terakhir musim ini buat mereka berusaha mencari gol penyamaan di separuh masa kedua, Usaha mereka akhir nya berhasil apabila pemain berpengalaman mereka Jiwa Mohan berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 43. Tersentak dengan jaringan tersebut TNB cuba memperkemaskan permainan dan menggandakan asakan ke kubu Maybank namun sering hampa dengan ketumpulan penyudah mereka. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan dan memaksa pemenang ditentukan menerusi penalti shoot out.

Berbekalkan pengalaman yang di miliki oleh TNB, jelas tuah menjadi milik mereka apabila berjaya menewaskan Maybank menerus penalti shoot out dengan jaringan 4-2. TNB membawa pulang RM 40,000 manakala Maybank membawa pulang RM 30,000.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top