Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / TNBMHL 2014 janji aksi bertaraf dunia

TNBMHL 2014 janji aksi bertaraf dunia

web

27 Oktober 2014; Kuala Lumpur : Tirai TNBMHL 2014 kini sudah rasmi dibuka apabila majlis perasmian serba ringkas tapi meriah telah diadakan siang tadi. Majlis perasmian telah di sempurna kan oleh Pengurus besar TNB Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin.

Kejohanan yang akan membuka tirai nya pada 29hb Oktober ini akan menjanjikan saingan sengit 6 buah pasukan terbaik negara. Juara 4 kali berturut2 Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) akan diberi saingan sengit oleh musuh tradisi mereka TNB. Selain TNB, pasukan yang akan memberi saingan adalah Juara div 1 2014 Sapura, Maybank, UniKL dan pasukan yang berjaya memancing ramai bintang negara Trengganu Hockey Team.

Kejohanan kali ini juga akan di serikan dengan penglibatan beberapa pemain antarabangsa yang menjadi jemputan pada pasukan pasukan yang bertanding. Nama seperti Muhammad Imran,Shakeel Abassi,Imran Shah,Seo Jong Ho dan Philip Stahr tidak asing lagi dalam pentas hoki antarabangsa dan mereka akan beraksi dlm kejohanan kali ini.

Penglibatan beberapa pemain pemain bertaraf antarabangsa jelas membuktikan kelab kelab yang bertanding kali ini lebih serius dalam mengejar kejuaraan dan jelas dominasi KLHC dan TNB akan tercabar dalam kejohanan kali ini.

Selamat berjaya buat semua pasukan pasukan yang bertanding

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top