Home / Kejohanan / TNBMHL2018 : Jidin dan Firhan Sah Milik TNB

TNBMHL2018 : Jidin dan Firhan Sah Milik TNB

Adakah kedua dua pemain ini menjadi “Catch of The Season” bagi TNBMHL2018?

Kuala Lumpur,2 Januari 2018; TNBMHL semakin hampir membuka tirai permulaan musim 2018 dan Piala Tan Sri P Alagendra akan menjadi permulaan musim pada 3 Januari ini. Sudah pasti lah apabila muncul musim baru, perpindahan dan kedatangan pemain pemain import menjadi tumpuan setiap peminat serta media media tidak kira lah media chetah, elektronik tau pun dikalangan page page di media sosial.

Jika dilihat dari trend dan tumpuan yang diberikan sekitar sebulan ini, sudah pastilah cerita kedatangan pemain pemain import menjadi topik hangat setiap pelusuk negara. Siapa tidak teruja bila THT berjaya mengikat pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia Gonzalo Peillat dan siapa juga tak tertarik apabila UniKL berjaya menambat penjaga gol terbaik dunia David Harte. Cerita pemain pemain import sudah berjaya mengisi setiap ruang ruang akhbar dan media elektronik.

Reputasi Firhan Ashaari sebagai penggempur dan mampu menjadi penggerak dibahagian serangan bukan lah satu perkara asing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa

Namun disebalik kehadiran pemain pemain import tersebut kejayaan TNB berjaya mengikat Firhan Ashaari dan Tengku Ahmad Tajuddin juga boleh dikatakan satu tangkapan hebat musim ini. Kedua dua pemain ini bukan sahaja menjadi “Muka wajib tayang” dalam skuad kebangsaan malah diperingkat liga kebangsaan mereka adalah tonggak utama yang berjaya membantu THT muncul juara piala TNB musim lalu. Malah Tengku Ahmad Tajuddin adalah pemain tempatan yg sentiasa konsisten menjadi antara penjaring terbanyak liga sejak 5 musim lalu.

Konsistensi setiap musim menjadi bukti bahawa pemain ini cukup berbisa di hadapan gawang gol lawan

Pujian harus diberikan pada pengurusan TNB kerana berjaya meyakinkan kedua dua pemain ini untuk menyertai projek mereka malah kehadiran kedua dua pemain ini dilihat sebagai pelengkap atas kekurangan yang dihadapi oleh pasukan TNB sejak dua musim lalu.

Mampukah kedua dua pemain ini membuktikan kehadiran mereka mampu memberi impak kepada pasukan dan menjadikan mereka adalah “Catch Of The Season” bagi TNBMHL2018? Segalanya akan terjawab apabila TNBMHL2018 melabuhkan tirainya pada 10 Februari 2018 nanti

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top