Home / Kejohanan / TNBMHL2018 : “KELUARGA” TNB Cipta Kejutan

TNBMHL2018 : “KELUARGA” TNB Cipta Kejutan

Syed Mohd Syafiq meraikan jaringan kemenangan TNB bersama gandingan beliau Tengku Ahmad Tajuddin

Kuala Lumpur, 12 Januari 2018; TNB membuktikan permainan atas padang mengatasi nama diatas kertas apabila berjaya mengejutkan pasukan pilihan UniKL dalam pertemuan pertama TNB Liga Hoki Kebangsaan 2018 TNBMHL2018 apabila menang 3-2 di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

UniKL yang diketuai oleh Marhan Jalil serta dibarisi oleh 6 pemain import terpaksa berputih mata di penghujung perlawanan biarpun dilihat sering mengawal permainan serta mengasak ke kubu lawan sebaik wisel permulaan dibunyikan. Sebalik nya TNB lebih dulu membuka jaringan apabila penyerang kebangsaan Muhamad Ramadan b. Rosli berjaya memperdaya penjaga gol UniKL David Harte di minit ke 24 perlawanan. UniKL yang cuba bangkit terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua bagi menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Jeroen Dolf Hertzberger di minit ke 38 perlawanan.

Perlawanan menjadi semakin rancak selepas jaringan penyamaan tersebut dengan kedua dua pasukan saling berbalas serangan namun hasil kesilapan pertahanan UniKL yang melakukan kesilapan dalam D menyebabkan pengadil perlawanan menghadiahkan penalti stroke buat pasukan TNB di minit ke 41 yang mudah disudahkan oleh Tengku Ahmad Tajuddin. Namun ketika TNB berkira kira untuk menamatkan saingan di suku ke ketiga dengan menjadi pendahulu, Jeroen Dolf Hertzberger sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti di minit ke 45 perlawanan.

Permainan semakin rancak di babak akhir perlawanan namun usaha keras TNB berjaya membuahkan hasil apabila seorang lagi pemain kebangsaan yang sedang meningkat naik Syed Mohd Syafiq berjaya menyumbat gol kemenangan hasil umpanan Tengku Ahmad Tajuddin di minit 55 perlawanan. Kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Mohd Ariff Sabron meraikan jaringan kemenangan buat pasukan TNB Thunderbolt

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan , pasukan TNB Thunderbolt berjaya mengejutkan Maybank 2-1 biarpun ketinggalan 1-0 di babak pertama perlawanan. Go dari Arif Syafie dan Arif Sabron sudah cukup memadam gol Oscar Wookey bagi memberi kemenangan pertama buat anak anak didik Amin Rahim ini dan seterus nya memberi hari cukup sempurna buat keluarga TNB.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top