Home / Kejohanan / TNBMHL2018 : KLHC Mencari Rentak, UniKL Buru Kesinambungan Prestasi.

TNBMHL2018 : KLHC Mencari Rentak, UniKL Buru Kesinambungan Prestasi.

Ketangkasan Roslan Jamaluddin pasti ditagih KLHC bagi memburu kemenangan pertama liga.

Setelah melalui dua perlawanan TNBMHL2018 nasib kedua dua pasukan pilihan musim ini KLHC dan UniKL pasti menceritakan sesuatu yang berbeza. KLHC yang mengharungi musim 2018 dengan nota kejayaan di peringkat awal dengan dua piala iaitu piala Tan Sri P Alagendra dan Piala Sumbangsih terpaksa menelan kepahitan apabila tunduk di tangan TNB 4-2  manakala UniKL berjaya bangkit dari kekalahan perlawanan pertama apabila mudah membenam Maybank tempoh hari.

Lim Chiow Chuan menuntut kebangkitan dan mengambil pengajaran di atas kekalahan di tangan TNB tempoh hari

Dengan status sebagai pasukan pilihan musim ini, kedua dua pasukan yang dibarisi pemain pemain kebangsaan serta barisan import pasti menjanjikan aksi yang cukup mendebarkan apabila mereka bertemu di stadium hoki KLHA tepat jam 5 petang esok. Tekanan pasti dirasakan oleh pasukan KLHC yang memburu kemenangan pertama liga musim ini malah alasan kepenatan ketika tewas tempoh hari ditolak mentah mentah oleh Jurulatih mereka Lim Chiow Chuan.  Malah beliau menyifatkan kekalahan tempoh hari akan menjadi pengajaran berguna buat pasukan beliau dalam mengharungi musim penuh mencabar musim ini.

Aksi konsisten dituntut pengendali UniKL Arul Selvaraj bagi memburu kemenangan kedua bertemu KLHC

Bagi pengendali UniKL Arul Selvaraj, biarpun mencapai kemenangan tempoh hari, beberapa aspek masih perlu diperbaiki antara nya sudut penalti dan kawalan bola di barisan pertahanan. Malah beliau menuntut anak anak buah beliau mempamerkan aksi yang konsisten jika ingin menyimpan hasrat menjulang kejuaraan musim ini.

Jika dilihat atas kertas, kedua dua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang namun kepakaran Jang dan Hertzbeger dalam menyudahkan sudut penalti pasti ditagih barisan jurulatih kedua dua pasukan. Kedua dua pemain ini telah pun membuktikan ketajaman mereka apabila 2 gol melalui pc telah di sudahkan oleh Jang Jonghyun manakala Hertzbeger telah menjaringkan 3 gol menerusi pukulan sudut penalti.

Selain ketajaman penyudah pukulan sudut penalti ketenangan penjaga gol juga akan menjadi intipati keputusan perlawanan esok. Pengalaman dan ketenangan penjaga gol veteran berusia 40 tahun negara Roslan Jamaludin serta ketangkasan penjaga gol terbaik dunia David Harte pasti akan merunsingkan barisan serangan lawan masing masing.

Siapakah yang akan tersenyum girang selepas siren perlawanan dibunyikan menandakan tamat nya perlawanan esok sama sama kita nantikan.

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top