Home / Berita & Artikel / Keyboard Editor / TNBMHL2021 : Kejohanan Dalam Pandemik

TNBMHL2021 : Kejohanan Dalam Pandemik

Pasukan UniKL meraikan kejayaan Treble mereka pada tahun 2021

Kuala Lumpur : Pasti menjadi satu kelegaan buat semua pemain dan peminat peminat hoki negara apabila berita kebenaran MKN kepada MHC bagi membolehkan kejohanan TNBMHL 2021 dijalankan biarpun telah tertangguh sebelum ini. Malah MHC tidak menunggu lama apabila membuat ketetapan kejohanan akan berlangsung pada 11 Mac 2021 sehingga 13 April 2021 dengan menggenakan peraturan ketat gelembung sukan.

Rata rata para pemain dan jurulatih menzahirkan kelegaan dengan berita yang disampaikan MHC. Malah mereka menzahirkan komitmen untuk mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan bagi menjayakan kejohanan musim ini.

Biarpun begitu musim 2021 pasti akan memberi kelainan buat para pengikut sukan hoki negara. Jika dilihat pada musim musim lalu kebanjiran pemain import dari Pakistan dan Australia mewarnai liga negara ini namun musim ini kita akan disajikan dengan kemampuan 100% anak tempatan. Malah boleh dikatakan tiada pasukan yang mampu mendabik dada mengatakan mereka mampu menjuarai kejohanan musim ini dengan mudah dan selesa.

Jurulatih baru UniKL Megat Azrafiq pasti merasa tekanan mengemudi pasukan yang menjulang kejuaraan Treble musim lalu

Bagi juara musim lalu UniKL, pasti merasa kehilangan orang penting mereka apabila jurulatih yang menjadi nadi pasukan Arul Selvaraj yang telah “Naik Pangkat” ke skuad kebangsaan. Corak permainan ala eropah yang sering diterapkan dalam menggerakkan perlawanan mereka pasti akan dirindui peminat mereka.

Kejohanan tahun ini juga akan melihat kemampuan MHC dalam mengendali kan kejohanan dalam bentuk gelembung sukan ini. Dengan komitmen MHC yang akan meletakkan semua pemain pemain dibawah seliaan mereka sepanjang kejohanan, malah telah memberi kan komitmen semua urusan dalam tempoh kuarantin ini akan ditanggung sepenuh nya oleh MHC. Malah dalam komitmen tersebut MHC memberi amaran sekiranya ada pemain yang melanggar ketetapan yang telah ditetapkan tindakan tegas akan diambil dengan pemain tersebut tidak akan dibenarkan beraksi dalam kejohanan musim ini.

Malah kemampuan MHC juga akan teruji musim ini, keranan jika dilihat sejarah ini adalah kali pertama format sebegini terpaksa digunapakai dalam kejohanan tempatan. Perlawanan tanpa kehadiran penonton telah diguna pakai dalam kejohanan Piala Tun Abdul Razak musim lalu, namun kejohanan dalam gelembung sukan ini adalah kali pertama dalam sejarah. Kejohanan ini pasti akan menjadi tanda aras bukan sahaja di dalam negara malah kejohanan kejohanan antarabangsa. Malah dilaporkan berita dan format kejohanan musim ini telah mendapat perhatian Persekutuan Hoki Asia.

Selain memberi kesan kepada pemain dan pasukan, kejohanan kali ini pasti akan memberi sedikit kejutan buat pengamal pengamal media. Kawalan ketat serta ruang akses yang terhad pasti akan memberi sedikit gangguan buat pengamal media dalam menyampaikan laporan sepanjang kejohanan kali ini.

Biarpun begitu semua pihak harus berganding bahu bagi membantu MHC dalam menjayakan kejohanan musim ini. Kegagalan kejohanan pasti akan memberi kesan kepada semua pemain dan peminat hoki negara ini. Cukup lah dengan pembatalan beberapa kejohanan musim lalu disebabkan pandemik covid-19. Patuhi SOP dan putuskan rantaian covid-19.

Kita belum menang tapi kita mesti menang.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top