
KUALA LUMPUR , 3 OGOS 2019; Hajat AHP-MSP Thunderbolts untuk memadam penguasaan SSTMI Thunderbolts sebagai muncul juara Piala TNB, Liga Hoki Remaja Malaysia 2019 tidak kesampaian apabila tunduk sekali lagi 3-0 dan seterusnya mengekalkan SSTMI Thunderbolts selaku juara Piala TNB 2019 yang dimenangi musim lalu. Lebih manis lagi kejayaan ini melengkapkan penguasaan SSTMI musim ini apabila pasukan wanita mereka SSTMI PKS Uniten juga dinobatkan sebagai juara setelah berjaya menundukkan MBPJ Black widow 6-4 dalam aksi perlawanan akhir petang tadi.
Pada aksi perlawanan akhir lelaki yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu, pemain SSTMI Thunderbolts, Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul diangkat selaku Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan Muhammaad Amirul Hamizan Azahar muncul selaku penjaring terbanyak dengan 27 gol sementara pemain AHP-MSP Thunderbolts, Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini dipilih selaku Pemain Remaja Harapan (Piala Chua Boon Huat).
Gol-gol kemenangan SSTMI Thunderbolts dijaringkan oleh Shamir Rizmi menerusi gol padang pada minit keempat dan ke-24 serta Muhammad Amirul Hamizan Azahar yang menyudahkan penalti stroke pada minit ke-42.
Ketua jurulatih SSTMI Thunderbolts, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman nyata bersyukur dengan kejuaraan yang diraih tahun ini walaupun kehilangan tiga tonggak utama, Mohamad Akhimullah Anuar Esook, Muhammad Arif Syafie Ishak dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi yang bersama pasukan kebangsaan, namun mereka masih mampu untuk mengekalkan kejuaraan tersebut.

Sementara itu bagi aksi kategori wanita menyaksikan satu perlawanan hebat ditampilkan oleh SSTMI – PKS Uniten dan MBPJ Black Widow di mana kemenangan 6-4 yang berpihak kepada SSTMI – PKS Uniten dilihat berjaya mengubati luka mereka atas kegagalan untuk muncul juara ketika saingan liga.
Pengendali SSTMI – PKS Uniten, Azlizam Abdul Shukor yang ditemui selepas tamat perlawanan nyata bersyukur apabila pemainnya berjaya mengikuti segala perancangan yang diatur selepas mereka berjaya mengenalpasti kelemahan yang dimiliki oleh pasukan lawan ketika aksi separuh akhir.
“Perkara yang menjadi motivasi kepada pemain-pemain saya hari ini adalah kegagalan menjuarai liga di mana kami tewas kepada SSP-MSP PKS Uniten pada perlawanan terakhir liga yang menyaksikan kami terlepas kejuaraan liga dan pemain belajar daripada kesilapan tersebut.
Untuk aksi final itu, Khairunnisa Ayuni Mohd Shahrudin yang menjaringkan dua gol diangkat selaku pemain terbaik perlawanan akhir sementara Nuramirah Shakirah muncul selaku penjaring gol terbanyak sepanjang kejohanan dengan 33 gol.
Keputusan Perlawanan Hari ini (Sabtu, 3 Ogos)
LELAKI
ANDERSON THUNDERBOLTS 2-0 SSMS RESILIENT(Tempat ke-3 dan ke-4)
SSTMI THUNDERBOLTS 3-0 AHP – MSP THUNDERBOLTS (Akhir)
WANITA
SSP-MSP PKS UNITEN 1-3 MUTIARA IMPIAN MSSPP-PSHA(Tempat ke-3 dan ke-4)
MBPJ BLACK WIDOW 4-6 SSTMI PKS-UNITEN (Akhir)
ANUGERAH – PIALA TNB 2019
LELAKI
Juara: SSTMI Thunderbolts
Tempat Kedua: AHP-MSP Thunderbolts
Tempat Ketiga: Anderson Thunderbolts
Fairplay: SSTMI Junior
Penjaring Gol Terbanyak: Muhammaad Amirul Hamizan Azahar (SSTMI Thunderbolts) – 27 gol
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul (SSTMI Thunderbolts)
Pemain Remaja Harapan (Piala Chua Boon Huat): Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini (AHP-MSP Thunderbolts)
WANITA
Juara: SSTMI – PKS UNITEN
Tempat Kedua: MBPJ BLACK WIDOW
Tempat Ketiga: MUTIARA IMPIAN – MSSPP – PSHA
Fairplay: KL Wipers KLSS
Penjaring Gol Terbanyak: Nuramirah Shakirah Zulkifli (MBPJ Black Widow) – 33 golPemain Terbaik Perlawanan Akhir: Khairunnisa Ayuni Mohd Shahrudin (SSTMI- PKS Uniten)