Home / Kejohanan / TNBMJHL2017 : Chairil buat Young Guns Ceria

TNBMJHL2017 : Chairil buat Young Guns Ceria

Pemain pemain UniKL Young Guns meraikan jaringan kedua Chairil Daniel Rusli

Pemain pemain UniKL Young Guns meraikan jaringan kedua Chairil Daniel Rusli

Kuala Lumpur, 9 April 2017; UniKLYoung Guns menarik nafas lega apabila berjaya mengutip 3 mata berharga setelah berjaya menundukkan cabaran SMKDBL Johor Juniors 2-1 dalam pertemuan ke tiga mereka di Stadium KLHA, Kuala Lumpur petang tadi. Dua jaringan Chairil Daniel Rusli sudah cukup untuk menceriakan kem pasukan UniKL Young Guns biarpun diasak hebat oleh pasukan pelawat.

UniKL yang turun  setelah tewas di tangan MBPJ Jumaat lalu mempamerkan aksi yang sedikit perlahan diawal permainan malah SMKDBL Johor Juniors lebih beraksi garang dalam keadaan padang basah kerana hujan lebat melanda Kuala Lumpur petang tadi. Malah pertahanan UniKL terpaksa bekerja keras bagi menghalang asakan pasukan pelawat.

Namun Chairil Daniel Rusli memberi sedikit kelegaan apabila berjaya membuka jaringan setelah menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke 17. Gol tersebut sedikit merancakkan lagi perlawanan apabila kedua dua pasukan saling berbalas serangan namun kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Chairil Daniel Rusli sekali lagi menceriakan kem UniKL apabila menambah jaringan buat pasukan UniKL menerusi pukulan sudut penalti di minit ke 39 perlawanan. Pasukan pelawat yang cuba bangkit berjaya merapatkan kedudukan menerusi gol padang Abinassh Singh di minit ke 49. Kedudukan 2-1 kekal sehingga siren penamat dibunyikan.

Jurulatih UniKL Young Guns yang ditemui selepas tamat perlawanan menyatakan mereka telah melakukan apa yang mereka patut lakukan bagi mendapat 3 mata penuh pada hari ini dan mereka akan menghadapi perlawanan yang lebih sukar selepas ini apabila mereka akan bertemu dengan pasukan yang lebih berpengalaman. Namun Arul Selvaraj mengakui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sekira nya mereka ingin meletakkan diri mereka dalam kelompok 4 terbaik musim ini.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top