Home / Kejohanan / TNBMJHL2017 : MBPJ Tigers Tersenyum Lebar, UniKL kian Mengejar

TNBMJHL2017 : MBPJ Tigers Tersenyum Lebar, UniKL kian Mengejar

Pemain MBPJ Muhammad Faisol bin Rozihan meraikan jaringan ke 5 MBPJ dalam pertemuan MBPJ dan BJSS Jrs

Pemain MBPJ Muhammad Faisol bin Rozihan meraikan jaringan ke 5 MBPJ dalam pertemuan MBPJ dan BJSS Jrs

Petaling Jaya,14 April 2017; MBPJ Tigers  melakar kemenangan penuh gaya apabila berpesta gol menundukkan BJSS Jrs  7-1 dalam aksi Liga Hoki Remaja Kebangsaan  di Stadium Hoki MBPJ.

Walaupun begitu, BJSS Jrs jelas menguasai perlawanan sebaik wisel permulaan dibunyikan mereka lebih dulu mengejutkan barisan pertahanan MBPJ apabila Muhammad Hilmi Jazman bin Jazlan berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke 18 perlawanan.

Gol itu bagaimanapun kembali menyedarkan pemain pemain MBPJ apabila mula mempamerkan permainan yang lebih kemas dan tidak perlu menunggu lama bagi menyamakan kedudukan 5 minit berselang menerusi gol padang Muhammad Nur Iman bin Muhammad Raflee sebelum menambah lagi 2 jaringan menerusi NorShahrezan dan Mahatir Rathuwan bagi memberi keselesaan kepada MBPJ sebaik tamat separuh masa pertama.

Amukan MBPJ diteruskan lagi sebaik wisel separuh masa kedua dibunyikan apabila berjaya menambah lagi 2 jaringan dalam tempoh 5 minit menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Nur Asyraf diminit ke 33 dan gol padang  Muhammad Faisol di minit ke 34.

Ternyata 5 gol yang dihasilkan telah menyentap semangat pasukan BJSS Jrs apabila terus tenggelam dengan asakan bertali arus MBPJ Tigers sehinggakan terpaksa akur dengan 2 lagi jaringan MBPJ menerusi Adam Aiman dan Wan Haziq bagi menutup cerita di MBPJ dengan MBPJ 7-1 BJSS Jrs.

Sementara itu di Stadium Hoki Pandamaran UniKL Young Guns terus mengekori MBPJ apabila menundukkan bangkit dari ketinggalan bagi menewaskan OLAK Nurinsafi 2-1 dalam satu lagi perlawanan TNBMJHL2017.

 

 

 

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top