Home / Kejohanan / TNBMJHL2017 SSTMI Juara “Berganda”

TNBMJHL2017 SSTMI Juara “Berganda”

SSTMI Thunderbolt berjaya memadam kekecewaan musim lalu apabila muncul juara keseluruhan TNBMJHL2017

SSTMI Thunderbolt berjaya memadam kekecewaan musim lalu apabila muncul juara keseluruhan TNBMJHL2017

Kuala Lumpur, 21 mei 2017 ; Kekecewaan gagal menjulang piala TNBMJHL musim lalu akhirnya terubat apabila mereka berjaya memadam kekecewaan tersebut dengan menundukkan cabaran sengit AHP MSP Thunderbolt menerusi penentuan penalti shoot out dalam perlawanan akhir di Stadium Tun Razak Jalan Duta malam tadi.

Label selaku pasukan pilihan jelas tidak menjejaskan mental setiap pemain SSTMI apabila bermula garang sebaik siren permulaan dibunyikan. Penjaring terbanyak kejohanan Akhimullah Anuar Esook tidak menunggu lama bagi membuka jaringan buat SSTMI apabila mudah menolak masuk setelah keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol AHP MSP di minit ke 9 perlawanan. Namun ketika masing masing melihat perlawanan mudah buat SSTMI, anak anak buah Sufian Mohamad membuktikan sebaliknya apabila Muhammad Hazzim Amin bin Hafidz berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang di minit yang sama dengan jaringan pembukaan SSTMI. Walaubagaimanapun SSTMI sekali lagi berjaya menambah jaringan sebelum perlawanan separuh masa pertama apabila Muhammad Fikri Amerrunizzar berjaya menewaskan barisan pertahanan AHP MSP menerusi pukulan sudut penalti di minit ke 24 perlawanan.

Perlawanan separuh masa kedua kian rancak terutama bagi pasukan AHP MSP yang cuba mencari gol penyamaan namun sering dikecewakan dengan kekentalan penjaga gol SSTMI Muhammad Aidil bin Md Shah yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan. Namun ketika ramai yang menjangkakan kedudukan 2-1 akan kekal pakar pukulan sudut penalti AHP MSP Muhammad Idris bin Samad berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti di minit ke 54 perlawanan. Kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan dan memaksa penentuan shoot out bagi mencari pemenang perlawanan.

Pengalaman dan ketenangan jelas memisahkan kedua dua pasukan apabila SSTMI berjaya menundukkan AHP MSP Pahang apabila berjaya menyempurnakan 4 dari 5 shoot out manakala AHP MSP hanya mampu menyempurnakan 3 dari 5 shoot out sahaja. Kedua dua pasukan berkongsi wang kemenangan biarpun piala Kejuaraan milik SSTMI diatas peraturan yang menyatakan perlawanan akhir yang membawa ke penentuan penalti shoot out hadiah wang kemenangan akan dikongsi oleh kedua dua pasukan tersebut.

SSTMI membuktikan mereka adalah jagoan dalam pembikinan pemain pemain remaja kebangsaan apabila mengulangi pencapaian musim lalu muncul juara keseluruhan

SSTMI membuktikan mereka adalah jagoan dalam pembikinan pemain pemain remaja kebangsaan apabila mengulangi pencapaian musim lalu muncul juara keseluruhan

Sementara itu dalam perlawanan akhir wanita petang tadi, SSTMI sekali lagi mengulangi pencapaian musim lalu apabila sekali lagi menundukkan lawan mereka yang sama seperti musim lalu KLSS Wipers menerusi pukulan penalti shoot out bagi menggondol kejuaraan TNBMJHL2017.

Walaupun begitu KLSS Wipers lebih dulu bermula garang apabila mengungguli permainan di separuh masa pertama dan lebih dulu membuka jaringan apabila Hasya Syahida bt Saifuddin mudah menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke 4 perlawanan. Gol itu menambah lagi sengat pasukan KLSS yang melancarkan serangan bertali arus ke kubu SSTMI dan seterusnya berjaya menguasai sepenuh nya perlawanan di separuh masa pertama. Hanya ketumpulan barisan serangan pasukan KLSS yang menghalang jaringan terhasil diseparuh masa pertama.

Jurulatih SSTMI Azlizam Abdul Shukor yang berpengalaman dalam pembangunan hoki wanita negara, menggunakan pengalaman beliau apabila menjadikan rehat separuh masa pertama menaikkan semangat pemain serta merubah sedikit corak permainan bagi mencari gol penyamaan. Usaha beliau mula menampakkan hasil apabila SSTMI seperti orang yang baru tersedar dari lena dan mula mengawal permainan di separuh masa kedua, Usaha berterusan mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Norrobiatun bt Norhisam berjaya menewaskan penjaga gol lawan Nur Asma`a bt Ahmad Kamil yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan menerusi gol padang di minit ke 49. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan bagi penentuan pemenang terpaksa ditentukan menerusi shoot out dan akhirnya SSTMI berjaya membuktikan mereka lebih berhak dinobatkan selaku juara apabila berjaya menyempurnakan 3 dari 5 pukulan manakala KLSS hanya mampu menyempurnakan 2 dari 5 pukulan.

Dengan kemenangan ini SSTMI mengekalkan Piala Kejohanan di Bandar Penawar namun terpaksa berkongsi wang kemenangan bersama KLSS disebabkan perlawanan ditentukan menerusi Penalti Shoot Out

 

 

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top