Home / Kejohanan / TNBMJHL2018 Div 2 : Milik MSSPP-PSHA!!

TNBMJHL2018 Div 2 : Milik MSSPP-PSHA!!

MSSPP-PSHA menjulang kejuaraan div 2 TNBMJHL 2018 setelah berjaya menundukkan MBMB Warriors menerusi penalti shoot out

Bukit Jalil,22 APRIL 2018; MSSPP-PSHA membuktikan kehandalan dan kewibawaan mereka apabila berjaya menjulang  kejuaraan divisyen dua, TNBMHL 2018 selepas menundukkan MBMB Warriors dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi menerusi penentuan shoot-out setelah kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan di dalam masa penuh perlawanan.

Perlawanan seimbang dipamerkan kedua dua pasukan sebaik perlawanan dimulakan dengan aksi saling berbalas serangan disajikan. Namun kecemerlangan kedua dua penjaga gol menjadi penghalang buat kedua dua pasukan memecah kebuntuan.

Biarpun kedua dua pasukan cuba meningkatkan lagi permainan namun ketumpulan barisan serangan memaksa kedua dua pasukan terpaksa membawa ke penentuan shoot out apabila masih terikat 0-0 sebaik siren penamat dibunyikan.

Pemain pemain MSSPP-PSHA meraikan kemenangan setelah penjaga gol mereka Muhammad Raimi bin Abdul Latif berjaya menidakkan pukulan terakhir pemain MBMB Warrior

Putera Ahmad Syahmie Ahmad Aswad, Muhammad Haikal Hilman Mohamad Hanfiah dan Muhamad Faris Harizan menunjukkan kehebatan mereka apabila berjaya menyempurnakan pukulan shoot-out manakala penjjaga gol mereka Muhammad Raimi bin Abdul Latif berjaya menghalang ketiga2 cubaan pemain MBMB warrior dan seterusnya berjaya menjulang MSSPP-PSHA selaku juara

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan, KL Wipers berjaya bangkit dari ketinggalan 1-0 dengan menundukkan Anderson PHA 2-1 seterus nya mengesahkan mereka di tempat ke 3 kejohanan.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top