Home / Kejohanan / TNBMJHL2018 : Ulangan Final 2017

TNBMJHL2018 : Ulangan Final 2017

Kuala Lumpur,5 Mei 2018; Satu kebetulan atau satu kekuasaan Final Piala TNB 2018 apabila sekali lagi menemukan dua pasukan Thunderbolt SSTMI dan AHP SSP ahad ini. Musim lalu SSSTMI berjaya menjulang kejuaraan apabila menundukkan AHP SSP menerusi shoot out setelah terikat 2-2 dalam masa penuh perlawanan.

AHP SSP yang bermula perlahan di awal liga di lihat semakin menunjukkan peningkatan di penghujung musim 2018 ini. Ini terbukti apabila menundukkan pasukan pilihan Anderson Thunderbolt di peringkat separuh akhir tempoh hari. Jelas individu yang patut di puji adalah jurulatih mereka Mohd Sufian Mohamad yang berjaya membentuk pasukan serta meningkatkan prestasi pemain pemain beliau. Kekuatan pasukan ini adalah kekentalan pertahanan serta disiplin pasukan dalam membentuk serangan balas. Dan penyerang terbaik mereka Noor firdaus Rosdi pasti menjadi taruhan utama bagi merobek gawang SSTMI Ahad ini.

Bagi SSTMI, pentas final ini bukan lah asing buat mereka. Kejayaan demi kejayaan telah mereka perolehi namun kegusaran bertemu AHP SSP pasti terasa barisan pemain dan kejurulatihan mereka. Selaku juara liga SSTMI pasti diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam perlawanan akhir esok. Jika dilihat di atas kertas SSTMI dilihat lebih memiliki kelebihan dengan kekentalan pertahanan di ketuai Arif Shafie, keupayaan pemain serba boleh Amirul Hamizan sehingga lah ketajaman penyudah Akhimullah serta pengalaman pengendali mereka Wan Mohd Roslan.

Namun semua nya hanya akan terjawab apabila siren penamat dibunyikan esok  sama ada SSTMI mengulangi kejuaraan atau AHP SSP mampu mencipta kejutan menjulang kejuaraan musim ini.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top