Home / Kejohanan / Tempatan / MJHL 2015 / TNBMJHL2019 : Aksi hebat mengikat BJSS Thunderbolts dan MBPJ Tigers

TNBMJHL2019 : Aksi hebat mengikat BJSS Thunderbolts dan MBPJ Tigers

Pemain MBPJ Tigers Mior Mohamad Fikri meraikan jaringan kedua buat pasukan MBPJ

Kuala Lumpur,07 Julai 2019; Aksi hebat dipamerkan MBPJ Tigers dan BJSS Thunderbolts menyaksikan kedua dua pasukan terikat 2-2 dalam pertemuan Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2019 di Stadium Hoki Kuala Lumpur petang semalam.

Kedua dua pasukan yang turun bagi memberi cabaran pada pendahulu liga SSTMI Thunderbolts mempamerkan aksi bertenaga sebaik siren permulaan dibunyikan. Aksi saling berbalas serangan serta gerakan pantas dipamerkan oleh pemain kedua dua pasukan. Ini terbukti apabila MBPJ Tigers tidak perlu menunggu lama bagi membuka jaringan apabila Mohd Faiq Nazwan menyudahkan jaringan padang di minit ke 6 perlawanan.

Tersentak dengan jaringan tersebut BJSS Thundebolts mula memperkemaskan perlawanan dan usaha mereka mencari gol berhasil apabila Mohd Imran Hazriq mudah menolak masuk pintu gol yg sudah terbuka menerusi serangan balas diminit ke 15 perlawanan.

Ketika perlawanan dijangka kan akan berkesudahan 1-1 disaat siren separuh masa pertama akan dibunyikan Mior Mohamad Fikri berjaya menambah jaringan ke dua buat MBPJ setelah mendapat lorongan cantik diminit ke 29 perlawanan.

BJSS Thunderbolts yang menyedari mereka perlu segera mencari gol bagi mengelakkan tekanan dan kekalahan mula mengatur serangan sebaik separuh masa kedua dimulakan. Usaha gigih mereka berhasil apabila penjaring terbanyak mereka Amirul Hanif berjaya menewaskan penjaga gol MBPJ Tigers dalam situasi satu sama satu diminit ke 42 perlawanan.

Biarpun kedua dua pasukan cuba mencari gol kemenangan namun sering digagalkan oleh kecemerlangan penjaga gol mahu pun penyudah yang tumpul. Kedudukan seri 2-2 meletakkan BJSS Thunderbolts ditangga ke 3 liga dengan 17 mata manakala MBPJ Tigers ditangga ke 4 dengan 14 mata namun masih kekurangan 1 perlawanan.

Keputusan keputusan lain menyaksikan SSTMI Thunderbolts terus unggul ditakhta liga apabila menundukkan pasukan ditangga kedua AHP MSP Thunderbolts 3-1 di Stadium Wisma Belia Kuantan. Manakala Anderson Thunderbolts dan SMKDBL terus mengekori rapat setelah berjaya mengutip 3 mata penuh petang semalam.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top