Home / Kejohanan / TNBMJHL2019 : Thunderbolts ,MBPJ Langkah Kanan

TNBMJHL2019 : Thunderbolts ,MBPJ Langkah Kanan

Ketua pasukan SSTMI Thunderbolts Amirul Hamizan Azhar meraikan jaringan ke 5 buat pasukan SSTMI Thunderbolts

KUALA LUMPUR ,21 JUN 2019 ;  Juara tahun lalu SSTMI Thunderbolts sekali lagi membuktikan mereka adalah pasukan pilihan musim ini setelah berjaya menundukkan rakan mereka di bawah payung Thunderbolts iaitu BJSS Thunderbolts dengan jaringan 6-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang tadi.

Biarpun begitu BJSS Thunderbolts lebih dulu membuka jaringan apabila Amirul Hanif Mamat berjaya menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke 3 perlawanan. SSTMI Thunderbolt berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul pada minit kesembilan.

Aksi menarik saling berbalas serangan mula dipamerkan kedua dua pasukan biarpun hujan mula turun sehinggakan perlawanan terpaksa dihentikan di minit ke 13 perlawanan kerana faktor kilat dan hujan lebat.

Perlawanan diteruskan semula setelah terhenti selama sejam dan SSTMI tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila Shamir Rizmi Shamsul menjaringkan gol kedua peribadinya di minit ke 17 perlawanan. Derita pasukan BJSS Thunderbolts terus bertambah apabila SSTMI Thunderbolts menambah dua lagi jaringan di suku kedua perlawanan menerusi Muhamad Faris Harizan dan Muhajir Abdu Rauf bagi mengikat kedudukan 4-1 ketika wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

Hujan yang mula turun kembali membuatkan keadaan padang yang mula gelap menyebabkan permainan berhati hati dipamerkan kedua dua pasukan diseparuh masa kedua. Setelah lampu stadium mula dibuka di suku masa ke empat barulah permainan lebih rancak dipamerkan dan tiga minit sebelum aksi sebenar berakhir, BJSS Thunderbolts berjaya menambah jaringan menerusi Amirul Hanif Mamat yang sekali lagi menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila SSTMI Thunderbolts berjya menambah dua lagi gol kali ini menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Amirul Hamizan Azahar pada minit ke 58 dan jaringan padang Muhamad Hafizz Fikri Zali bagi melengkapkan kemenangan 6-2 .

Dalam satu lagi perlawanan di Ipoh , Anderson Thunderbolts jaringan oleh Aman Shahnan Maznan, Mohamad Syazwan Syafiq Basir dan Akram Hakkam Jamaluddin sudah cukup untuk memberi kemenangan pertama buat pasukan Anderson Thunderbolts menundukkan pendatang baru MSNT – PHT – MSST.

Sementara pertembungan dua pasukan daripada Sabah, Sabah JR (PHS/SHA-SSMS) dan SSMS Resilient menyaksikan SSMS Resilient tidak berdepan masalah untuk membawa pulang tiga mata pertama selepas membenam cabaran Sabah JR (PHS/SHA-SSMS) 3-0 di Stadium Hoki Nasional Bukit jalil.

Aksi antara AHP-MSP Thunderbolts dan SMKDBL –UNIKL-PHJ-MSNJ dalam pada itu berlangsung sengit apabila tuan rumah hampir diikat pelawat namun kebangkitan saat-saat akhir menghadiahkan kemenangan 2-1 kepada AHP-MSP Thunderbolts.

Tuan rumah membuka tirai jaringan pada suku kedua menerusi jaringan padang Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini. Bagaimanapun pasukan pelawat cuba mengejar pada minit ke-47 menerusi gol pukulan sudut penalti yang dijaringkan Muhammad Haridzmi Shah Muhd Nizam namun kelebihan pukulan sudut penalti yang diterima AHP-MSP Thunderbolts seminit sebelum perlawanan sebenar berakhir menghadiahkan tiga mata buat mereka apabila Shafiq Ikhmal Daniel sekali lagi muncul selaku penjaring.

Dalam pada itu Pertemuan di antara BJSS JR 2022 dan SSTMI Junior serta KL-Wipers dan MSSPP-PSHA terpaksa ditunda ekoran hujan lebat dan perlawanan akan dimainkan semula pada masa dan tarikh baru yang akan ditetapkan kelak.

Satu lagi perlawanan yang turut berlangsung hari ini menyaksikan MBPJ Tigers yang berkunjung ke Kangar tidak pulang dengan tangan kosong apabila cemerlang menundukkan pasukan tuan rumah, MSN/SSN PHPs Young Lion 5-0.

Manakala dua perlawanan pada hari pertama kejohanan terpaksa ditunda kerana hujan lebat yang melibatkan pertemuan BJSS Jrs dan SSTMI Jrs di Std KPM dan KL Wipers menentang MSSPP PSHA di Std KLHA

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top