Home / Kejohanan / Tempatan / MJHL 2015 / TNBMJHL2019 Wanita : MBPJ Black Widow JUARA!!

TNBMJHL2019 Wanita : MBPJ Black Widow JUARA!!

Pemain dan pegawai pasukan Black Widow meraikan kejayaan menjuarai liga musim 2019

KUALA LUMPUR , 26 JULAI 2019;  Kemenangan bergaya 6-1 yang diraih MBPJ Black Widow ke atas MSNT – PHT – MSST – pada petang tadi bagai memberi petanda mereka akan dinobatkan selaku juara Liga musim ini setelah pesaing mereka SSTMI PKS Uniten tewas pada aksi terakhir saingan liga TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2019 bagi kategori wanita yang berlangsung hari ini .

Kekalahan SSTMI – PKS UNITEN kepada SSP – MSP PKS UNITEN juga menyaksikan SSTMI – PKS UNITEN terpaksa berpuas hati untuk menamatkan saingan liga dikedudukan kedua dengan rekod kekal mengumpul 19 mata menerusi enam kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Dalam pada itu kelebihan jaringan yang dimiliki Mutiara Impian – MSSPP – PSHA membantu mereka untuk muncul selaku pasukan dikedudukan ketiga liga secara keseluruhan apabila berkongsi 18 mata bersama SSP – MSP PKS Uniten selepas kedua-dua pasukan mengutip tiga mata terakhir yang dipertaruhakan hari ini.

Mutiara Impian – MSSPP – PSHA menewaskan KL Wipers – KLSS 4-0 hasil ledakan hatrik pemain kebangsaan. Nurmaizatul Hanim Syafi Sheik Fuad menerusi dua gol padang pada minit ke-16 dan ke-31 serta gol pukulan sudut penalti pada minit ke-38 sementara satu lagi gol disumbangkan oleh        Siti Nur Arfah Mohd Nor pada minit ke-36 menerusi jaringan padang.

Dengan berakhirnya saingan liga hari ini, empat pasukan teratas, MBPJ Black Widow, SSTMI – PKS UNITEN, Mutiara Impian – MSSPP – PSHA dan SSP – MSP PKS Uniten akan menukar fokus mereka kepada perebutan Piala TNB 2019.

Empat pasukan ini layak secara automatik ke pusingan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung Selasa hadapan (30 Julai) bagi pusingan pertama sementara aksi separuh akhir kedua akan mengambil tempat pada Khamis (1 Ogos) dan dua pasukan terbaik akan membuat penampilan di pentas final pada Sabtu, 3 Ogos 2019.

Keputusan Perlawanan Hari ini (Jumaat, 26 Julai)

SSTMI – PKS UNITEN 1-2 SSP – MSP PKS UNITEN

MUTIARA IMPIAN – MSSPP – PSHA 4-0 KL WIPERS – KLSS

MBPJ BLACK WIDOW 6-1 MSNT – PHT – MSST

JOHOR GIRL – PHJ MSNJ 0-1 SSMS GIRLS

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top