Home / Kejohanan / Tempatan / MWHL 2014 / Berita MWHL2014 / UITM Lions , ATM ke Final

UITM Lions , ATM ke Final

Pemain ATM Nuraini Abdul Rashid cuba menghalang gerakan pemain UITM NorAzlin Sumantri

Pemain ATM Nuraini Abdul Rashid cuba menghalang gerakan pemain UITM NorAzlin Sumantri

Bukit Jalil, 19 April 2014; UITM dan ATM mengesahkan tempat ke perlawanan akhir apabila kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan Liga Hoki Wanita Kebangsaan 2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam.

ATM yang menyedari mereka perlu mengelak kekalahan mempamerkan permainan bertenaga namun sering digagalkan oleh kecemerlangan barisan UITM yang konsisten sepanjang kejohanan tahun ini. Aksi berbalas serangan dipamerkan kedua dua pasukan namun sehingga tamat separuh masa pertama kedua dua pasukan masih gagal memecah kebuntuan.

Separuh masa kedua aksi semakin bertenaga dipamerkan namun ketumpulan penyudah serta kemantapan barisan pertahanan kedua dua pasukan menghampakan kedua dua pasukan untuk menjaringkan gol. Kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan.

Keputusan seri ini sudah cukup untuk ATM berada di tangga kedua dan seterus nya akan bertemu pendahulu liga UITM dalam perlawanan akhir 11 Mei ini.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top