Home / Kejohanan / Tempatan / MWHL 2014 / Berita MWHL2014 / UITM terus mengganas

UITM terus mengganas

Penjaga gol SSN Selangor Hidayah Mohd Azlan cuba menghalang cubaan  pemain UITM Lions Norafiza Sulaiman

Penjaga gol SSN Selangor Hidayah Mohd Azlan cuba menghalang cubaan pemain UITM Lions Norafiza Sulaiman

Bukit Jalil, 17 April 2014; UITM Lions terus mengganas apabila mudah menundukkan SSN Selangor 7-0 dalam perlawanan Liga Hoki Wanita Kebangsaan 2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi. Kemenangan ini mengesahkan tempat UITM Lions  dalam perlawanan akhir 11 Mei ini.

Ayu Malina memulakan pesta jaringan UITM Lions seawal minit ke 15 sebelum Siti Shahida Saad menambah gol ke dua 3 minit kemudian. UITM Lions semakin bernafsu apabila Nur Athirah Johari menyumbat gol ke 3 pada minit ke 30 dan Nur Amirah Abu Samah melengkapkan separuh masa pertama dengan jaringan ke 4 di minit ke 33.

UITM Lions terus menambah jaringan di separuh masa kedua apabila Nur Athirah Johari sekali lagi mudah menumpaskan penjaga gol SSN Selangor Hidayah Mohd Azlan pada minit ke 43 bagi menjadikan kedudukan 5-0. Kerapuhan benteng SSN Selangor semakin terserlah apabila Siti Shahida Saad sekali lagi menambah derita SSN Selangor apabila mudah menyudahkan pukulan sudut penalti di minit ke 48. Norazlin Sumantri melengkapkan pesta jaringan UITM Lions setelah mudah menyumbat gol ke 7 pada minit ke 54.

Kemenangan ini melonjak kembali UITM Lions ke tangga teratas dengan rekod bersih kemenangan 100%.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top