Home / Kejohanan / UniKL bedil MBPJ

UniKL bedil MBPJ

Penyerang UniKL Young Guns Nur Faiz Rosli cuba memperdaya penjaga gol MBPJ Shafie Shahrom

Penyerang UniKL Young Guns Nur Faiz Rosli cuba memperdaya penjaga gol MBPJ Shafie Shahrom

Bukit Jalil,13 Mac 2015; UniKL Young Guns sekali lagi membuktikan mereka adalah pencabar utama dalam kejohanan Remaja Kebangsaan apabila berjaya membenam cabaran MBPJ 5-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Milo 2015 di stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang semalam. Kemenangan ini melayakkan mereka ke perlawanan akhir ahad ini dengan agregat 7-1 setelah berjaya menewaskan lawan yang sama 2-0 dalam pertemuan separuh akhir pertama tempoh hari.

Pertemuan kedua dua pasukan ini menjadi tumpuan ramai biarpun UniKL lebih selesa dengan bekal 2 gol yang di bawa tempoh hari. Kedua dua pasukan saling mengartur serangan sebaik wisel permulaan di bunyikan. Namun UniKL lebih dulu membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti yg disudahkan oleh Maxhans Christi di minit ke 5 perlawanan. MBPJ yang menyedari semakin ketinggalan agregat mula memperkemaskan permainan namun sering di hampakan oleh ketumpulan penyudah serta kekebalan barisan pertahanan UniKL Young Guns. Dalam keghairahan MBPJ mencari gol barisan pertahanan mereka melakukan kesilapan apabila menghadiahkan pukulan penalti kepada UniKL di minit ke 22. Peluang itu tidak di sia siakan oleh Deveandran bagi melebarkan jurang jaringan. Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

MBPJ mula mengatur serangan sebaik perlawanan separuh masa kedua di mulakan dan usaha mereka berhasil apabila berjaya merapatkan jurang menerusi Husaini Abu Bakar di minit ke 41 perlawanan. Gol itu merancakkan lagi perlawanan dan MBPJ di lihat lebih ghairah cuba membolosi gawang UniKL. Namun kekebalan pertahanan UniKL membuatkan kebuntuan di barisan hadapan MBPJ. Sebalik nya UniKL yang mula mempamerkan permainan “counter attack” berjaya menambah jaringan menerusi gol padang Norikhwan di minit ke 46 sebelum Nur Faiz Rosli dan Nur Syafiq Sumantri melengkapkan petang gemilang buat UniKL di minit ke 59 dan 60 perlawanan.

kemenangan ini membuka peluang buat UniKL mengubati kekecewaan perlawanan akhir musim lalu apabila akan bertemu sekali lagi SSTMI Thunderbolt dalam perhitungan perlawanan akhir Piala Milo 2015.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top