UniKL bedil MBPJ

uniklvsmbpj2

Pemain UniKL Muhammad Haikal Zamri melepaskan pukulan sambil cuba dihalang ketua pasukan MBPJ M. Faizzil Zairollail

Bukit Jalil. 7 Mac 2014; UniKL membuktikan mereka berada di tahap yang meyakinkan apabila layak ke perlawanan akhir dengan agregat 7-3 setelah menundukkan MBPJ 2-1 dalam perlawanan separuh akhir ke dua MJHL2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

UniKL melaungkan amaran awal apabila melancarkan serangan bermula dari siren permulaan lagi dan usaha mereka berhasil apabila Zizi Azwan Hassan Basri berjaya menyudahkan peluang yang terhidang pada minit ke 8. Gol itu telah menyemarakkan lagi semangat kedua dua pasukan. Perlawanan menjadi rancak dengan kedua dua pasukan saling berbalas serangan namun penyudah yang tumpul membuatkan keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Perlawanan menjadi semakin rancak apabila siren separuh masa kedua dibunyikan dengan permainan menjadi semakin pantas. MBPJ yang cuba mengejar agregat dilihat semakin terdesak dan hasilnya kesilapan demi kesilapan mula dilakukan. Kesilapan ketua pasukan mereka M.Faizzil Zairollail menarik Muhammad Haikal Zamri mengundang padah apabila UniKL dihadiahkan pukulan penalti pada minit 61. Pukulan penalti itu mudah disempurnakan Nor Azrul Abd Rahman.

MBPJ berjaya memperolehi gol sagu hati melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 70 oleh Zulaniq Adib Abd Razak.

UniKL Young Guns akan menentang juara musim lalu SSTMI Thunderbolt dalam perlawanan akhir ahad ini manakala MBPJ akan berdepan OLAK PKT dalam klasifikasi 3/4.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top