Home / Kejohanan / Tempatan / MJHL 2015 / UniKL selesa ke Sungai Petani

UniKL selesa ke Sungai Petani

Wira pasukan UniKL Young Guns Nur Faiz M. Rosli meraikan jaringan pertama pasukan UniKL dapam pertemuan menentang Nur Insafi

Wira pasukan UniKL Young Guns Nur Faiz M. Rosli meraikan jaringan pertama pasukan UniKL dapam pertemuan menentang Nur Insafi

Bukit Jalil, 6 Mac 2015;  UniKL Young Guns membawa bekalan selesa ke Sg Petani apabila mudah membenam cabaran pasukan Nur Insafi 3-0 dalam pertemua suku akhir pertama Piala Milo 2015 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang semalam. Kemenangan ini memberi sedikit kelebihan buat UniKL bagi mencerahkan peluang layak ke Separuh Akhir musim ini.

UniKL Young Guns yang dinobatkan sebagai naib juara liga musim ini jelas membuktikan mereka merupakan pasukan pilihan yang perlu di beri perhatian. Biarpun berdepan dengan Nur Insafi yang baru sahaja bergelar juara div 2, ianya tidak langsung menggusarkan pasukan UniKL. Serangan demi serangan diatur sebaik sahaja wisel permulaan di bunyikan serta kawalan tengah jelas milik pasukan UniKL sepanjang perlawanan ini. Nur Faiz M. Rosli membuka jaringan buat UniKL seawal minit ke 11 perlawanan setelah penjaga gol Nur Insafi gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Gol itu membangkit kan lagi semangat anak anak buah Kelvin ini namun mereka sering dihampakan oleh penyudahan yang tumpul serta kegagalan menghantar bola ke dalam kawasan D bagi memberi ruang kepada barisan penyerang mereka. kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Ketika pasukan Nur Insafi mengharapkan perubahan permainan buat pasukan mereka, UniKL Young Guns jelas tidak membenarkan nya apabila berjaya menguasai permainan sebaik separuh masa kedua di mulakan. Serangan demi serangan diatur jelas membuktikan bahawa mereka menyedari 1 jaringan bukan bekalan yang selesa bagi di bawa ke suku akhir kedua ahad ini. Usaha mereka berhasil apabila Nur Faiz M. Rosli sekali lagi menjaringkan gol buat pasukan nya menerusi gol padang di minit ke 38 sebelum Hafif Elkan melengkapkan kemenangn 3-0 buat pasukan UniKL Young Guns menerusi pukulan sudut penalti di minit ke 61.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top