UniKL tepati ramalan

Penyerang utama UniKL cuba menewaskan penjaga gol politeknik KPM

Penyerang utama UniKL cuba menewaskan penjaga gol politeknik KPM

Bukit Jalil,2 Mac 2014; UniKL Young Guns berjaya menepati ramalan apabila layak ke separuh akhir Piala Milo MJHL 2014 setelah menundukkan Politeknik KPM dengan agregat 5-2 dalam perlawanan suku akhir piala milo di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Biarpun dipaksa bekerja keras pada pertemuan pertama, UniKL turun pada petang tadi dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang tinggi. Mereka melakukan serangan bermula dari minit pertama dan berjaya mengawal bahagian tengah sepanjang perlawanan.

Namun masalah ketumpulan penyudah terus menghantui pasukan ini dengan barisang penyerang gagal menyudahkan deretan peluang yang diperolehi. Walaubagaimana pun usaha mereka terhasil juga pada minit ke 9 menerusi Mohd Shafirul dan pada minit ke 32 Muhammad Rahimi. Dua jaringan pada separuh masa pertama itu kekal sehingga ke siren penamat perlawanan.

UniKL Young Guns akan bertemu dengan MBPJ pada separuh akhir nanti.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top