Home / Kejohanan / Tempatan / TNBMHL / Berita TNB MHL 2014 / UniKL terus resah cari kemenangan pertama

UniKL terus resah cari kemenangan pertama

Pemain TNB Marhan Abd Jalil cuba dihalang oleh pemain pertahanan UniKL

Pemain TNB Marhan Abd Jalil cuba dihalang oleh pemain pertahanan UniKL Azrul

Bukit Jalil, 7 November  2014; UniKL terpaksa menanti perlawanan seterus nya untuk  mencari rentak kemenangan pertama apabila tumbang di tangan TNB 0-3 dalam pertemuan liga premier TNBMHL 2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

TNB tidak menunggu lama apabila penyerang berbisa mereka Muhammad Shahril Saabah berjaya membolosi gawang UniKL di minit ke 12 menerusi gol padang.  TNB yang dilihat lebih bernafsu berjaya mengawal tempo permainan namun kedudukan 1-0 terus kekal sehingga siren separuh masa pertama di bunyi kan.

Seperti separuh masa pertama, TNB sekali lagi tidak menunggu lama bagi menambah jaringan apabila Izad Hakimi Jamaluddin berjaya menambah derita UniKL apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti di minit ke 35. Biarpun mendahului 2-0 TNB tidak langsung melonggarkan permainan apabila terus mencengkam pertahanan UniKL dan pasukan UniKL yang di pimpin oleh ketua pasukan Skuad remaja Kebangsaan Muhammad Haziq dilihat tertekan dengan kawalan kawalan TNB. Hasilnya TNB berjaya menambah jaringan menerusi pemain tengah kebangsaan Muhammad Ramadan Rosli di minit ke 47. Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan,

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top