Home / Kejohanan / Uniten benam SMKGR

Uniten benam SMKGR

Pertahanan PKS Uniten Nurul Atiqah Faten cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sambil cuba dihalang pemain MSN-MSSPK-SMKGR Nurshafiqah bt Ahmad Salim

Pertahanan PKS Uniten Nurul Atiqah Faten cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sambil cuba dihalang pemain MSN-MSSPK-SMKGR Nurshafiqah bt Ahmad Salim

Kuala Lumpur,22 April 2017; PKS Uniten KPT menghidupkan kembali peluang ke suku akhir TNBMJHL2017  setelah berjaya memperolehi kemenangan pertama apabila menundukkan MSN MSSPK SMKGR 3-1 di stadium KPM Kuala Lumpur semalam.

Namun begitu pasukan pelawat lebih dulu mengejutkan tuan rumah apabila ketua pasukan mereka Nur Liyana bt Ghazali berjaya memecah kebuntuan menerusi gol padang pada minit ke 23 perlawanan. Walaubagaimana pun PKS Uniten KPT tidak perlu menunggu lama bagi menyamakan kedudukan apabila Nur Atira bt Mohamad Ismail berjaya membolosi gawang lawan menerusi jaringan padang di minit ke 25. Belum pun sempat SMKGR memperkemaskan permainan mereka Nuriman Shahiera bt Bedrul Hisam menambah gol ke dua pasukan PKS Uniten menerusi  jaringan padang beliau di minit ke 27 perlawanan. Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan.

Nuriman Shahiera bt Bedrul Hisam sekali lagi menjadi wira pasukan PKS Uniten KPT apabila berjaya mencuri peluang atas kesilapan pertahanan lawan bagi menambah jaringan ke tiga pasukan pada minit ke 31 perlawanan. Biarpun SMKGR mempamerkan aksi yang lebih bertenaga dan cuba mencari gol namun ketumpulan barisan serangan serta kekebalan benteng PKS Uniten KPT jelas menghampakan pasukan pelawat dan seterus nya memberi kemenangan pertama buat pasukan tuan rumah.

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top