Home / Berita & Artikel / Uniten Buru Bintang Terpendam

Uniten Buru Bintang Terpendam

Para bintang2 baru yang cuba dicungkil bakat melalu misi mencari bintang Uniten 2014

Para bintang2 baru yang cuba dicungkil bakat melalu misi mencari bintang Uniten 2014

Bukit Jalil, 2 November 2014; Kelab Hoki UNITEN dengan kerjasama Pusat Sukan Tumpuan Hoki telah menganjurkan Misi Mencari Bintang Hoki UNITEN 2014 pada 1 dan 2 November 2014 bertempat di Padang Hoki UNITEN dan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Objektif misi ini diadakan adalah untuk mencari bakat baru dalam sukan hoki dan mengasah lagi bakat yang sedia ada dalam pasukan hoki UNITEN. Misi Mencari Bintang Hoki ini juga diadakan untuk mendedahkan kepada pemain hoki tentang peraturan baru dan teknik permainan yang sebenar. Sejajar dengan kehendak kementerian pendidikan, kejohanan ini di lihat bukan sahaja berjaya mencungkil bakat bakat baru dalam arena hoki malah berjaya mencungkil The Thinking Athlete demi masa depan sukan hoki Negara.

Seramai 75 peserta telah mendaftarkan diri pada hari pertama misi pencarian. UNITEN Kampus Muadzam telah menghantar seramai 25 peserta untuk menghadiri misi ini dan selebihnya adalah peserta dari UNITEN Kampus Bangi. Misi Mencari Bintang Hoki UNITEN 2014 telah dikendalikan oleh tiga nama besar dalam arena hoki Malaysia iaitu jurulatih pasukan hoki kebangsaan, Encik Muhammad Dhaarma Raj bin Abdullah, Encik Muhammad Harun AlRashid b. Samri dan Encik Nor Azlan Bakar.

Pada 1 November, bermulanya Misi Mencari Bintang Hoki UNITEN 2014, program ini terbahagi kepada tiga sesi dengan pendekatan yang berbeza. Dalam sesi pertama, peserta dilatih dengan teknik asas hoki, dan cara bermain yang betul dan selamat. Pada sebelah petang, sesi kedua berlangsung dengan pengisian kepada peserta berkaitan dengan corak permainan, bukaan ruang, larian untuk terima bola dan sebagainya. Kelainan sesi ini, peserta diminta untuk bermain bola jaring. Ini adalah kerana ingin melatih peserta untuk bermain secara berpasukan dan strategic.

Sesi ketiga diteruskan pada pagi 2 November di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kali ini, Encik Muhammad Dhaarma Raj bin Abdullah, Encik Muhammad Harun AlRashid b. Samuri dan Encik Nor Azlan Bakar menunjukkan teknik dan asas kepada pukulan sudut penalti, pukulan kilas, pukulan stroke dan sebagainya. Sesi ini diteruskan dengan, para peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil (lima sebelah) dan perlawanan secara liga dijalankan untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari sepanjang tiga sesi bersama Encik Muhammad Dhaarma Raj bin Abdullah, Encik Harun AlRashid b. Samuri dan Encik Nor Azlan. Perlawanan liga ini juga bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan situasi sebenar ketika berada dalam permainan.

Liga ini dibahagikan kepada dua divisyen, divisyen pertama terdiri daripada mereka yang berbakat dan sudah berpengalaman dalam permainan hoki, divisyen kedua terdiri daripada mereka yang baru belajar bermain.

Majlis penutup dirasmikan oleh Encik Mohammad Syafiq Amir bin Kamarudin, Pegawai Sukan – Pusat Hal Ehwal Pelajar UNITEN.  Sesi penyampaian hadiah dan cenderamata diteruskan dan disampaikan oleh Encik Mohammad Dharma Raj b. Abdullah. Program ini berjalan dengan lancar dan jayanya, semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

 

Untuk memastikan program ini berkesan, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dirangka untuk dilaksanakan pada masa hadapan. Antaranya, mengadakan sesi latihan pada hujung minggu di padang astroturf. Latihan ini dapat membiasakan pemain hoki dengan keadaan padang astroturf sekaligus dapat meningkatkan prestasi masing-masing seterusnya membentuk persefahaman dalam pasukan. Selain itu, liga kecil antara pemain hoki UNITEN juga akan diadakan supaya para pemain dapat mengetahui tahap permainan sendiri disamping memberi motivasi untuk memajukan diri kearah yang lebih baik.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top