Home / Berita & Artikel / Wakili Negara. Beban atau Tanggungjawab?

Wakili Negara. Beban atau Tanggungjawab?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… Pertama sekali Yop nak ucapkan terima kasih kepada pihak Arena Hoki Malaysia sebab sudi memberi sedikit ruang buat Yop mencoret serba sedikit apa yang Yop rasakan berkaitan dengan perkembangan hoki negara.

syamim

Dalam seminggu dua Yop percaya semua pasti akan mengikuti perkembangan mengenai salah seorang penyerang remaja negara Syamim Yusof. Berbagai versi yang dihidangkan buat kita. Bermula dari Syamim yang dikatakan menarik diri dari kem Senior kerana dikatakan ingin berehat,kemudian ingin kembali semula setelah dipujuk oleh presiden MHC sehingga lah kenyataan dari ketua jurulatih negara yang mengatakan Syamim kini tiada dalam perancangan beliau bagi kejohanan kejohanan terdekat ini. Yop tidaklah untuk masuk campur kerana Yop yakin ketua jurulatih negara Dharma lebih mengetahui situasi sebenar serta lebih mengenali Syamim kerana Syamim adalah anak didik beliau juga di KLHC dan Skuad Piala Dunia Remaja 2013 negara. Cuma di sini Yop tertarik dengan situasi dimana dikatakan Syamim menarik diri kerana ingin rehat. Itu menandakan bebanan yang dihadapi selama ini cukup berat buat pemain negara. Adakah mewakili negara suatu bebanan atau satu tanggung jawab?

tekanan

Kalau dinilai dari cakap cakap penyokong pasti dikatakan mewakili negara itu satu tanggungjawab yang besar. Ini berbeza dengan mewakili kelab kerana walaupun suasana nya hampir sama namun tanggung jawab nya tida sama sekali. Tanggungjawab menurut kamus pelajar edisi kedua membawa maksud sesuatu tugas atau kerja yang mesti dilakukan. Kalo dinilai maksud ini tugas yang perlu dilakukan ketika mewakili kelab dan negara ada perbezaan nya.Tugas mewakili kelab lebih terarah menuju kearah kejuaraan dan skop peminat yg lebih kecil manakala untuk negara lebih kearah bukan sekadar memuaskan hati semua pihak malah memberi kegembiraan kepada para peminat dengan sekurang kurang nya memberikan persembahan bertenaga serta pemain membawa nama negara seolah olah mereka adalah satria yang mengawal negara. Tugasan ini lah yang dikatakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua pemain negara. Nampak mudah tapi ianya memerlukan pengorbanan yang cukup besar. Namun cukup kah sekadar Tanggungjawab dalam mengharungi hidup sebagai pemain negara?

Dalam mengharungi kehidupan sebagai pemain negara,bebanan pasti terasa. Jika tidak terkawal bebanan mampu untuk menghadirkan sifat negatif dan seterus nya timbul rasa penat dlm diri setiap pemain. Ini terjadi apabila perasaan bebanan itu lebih kuat berbanding perasaan tanggungjawab itu. Ini lah yang amat amat ditakuti oleh semua. Namun bebanan itu ada positif nya juga selagi ia nya tidak melebihi perasaan tanggungjawab itu. Melalui bebanan yg dirasakan lah pemain akan cuba utk lebih maju dlm permainan.

Kesimpulan yang yop boleh katakan kedua dua perkara itu perlu ada dlm diri setiap pemain tapi pemain perlu bijak untuk memastikan bebanan itu tidak melebihi perasaan tanggungjawab dlm diri setiap pemain.

Moga kita bertemu lagi dilain masa… Majulah hoki untuk negara…

Yop Postman.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top