Home / Kejohanan / Antarabangsa / Waspada Samurai Jepun

Waspada Samurai Jepun

Ketua Pasukan Negara Shukri Mutalib jelas gembira dengan kehadiran semula pemain pemain berpengalaman dalam skuad kebangsaan

Ketua Pasukan Negara Sukri Mutalib meminta rakan sepasukan fokus dan waspada dan menghormati pasukan Jepun.

Ipoh,28 April 2017; Malaysia akan membuka tirai Piala Sultan Azlan Shah 2017 malam ini dengan Jepun sebagai pasukan pertama yang akan diuji oleh pasukan negara.

Diatas kertas pasukan negara dilihat tidak menghadapi masalah untuk membenam pasukan matahari terbit tersebut namun dengan kejutan yang dibuat oleh pasukan Jepun pada pusingan ke dua Hoki Liga Dunia baru ini, jelas menunjukkan mereka bukan lagi pasukan yang sama yang pernah dibelasah Malaysia pada Trofi Juara Juara Asia di Kuantan Oktober lalu.

Waspada dan hormati lawan adalah perkara yang dituntut oleh ketua pasukan negara Sukri Mutallib keatas rakan rakan sepasukan bagi mengelak diperangkap lawan. Malah beliau juga merendah diri dengan menyatakan peluang adalah 50-50 bagi kedua dua pasukan mencipta kemenangan malam ini.

Kehadiran semula 4 tonggak yang tidak mengikuti skuad kebangsaan ke pusingan kedua Liga Dunia bulan lalu pasti akan menambah lagi sengat buat pasukan negara. Ketajaman Firhan,Faizal dan Haziq Samsul pasti ditagih skuad kendalian Stephen Van Huizen sambil dibantu pemain berpengalaman Tengku Ahmad Tajudin.

Kebijaksanaan Fitri Saari pasti ditagih skuad negara dalam merencanakan serangan ke kubu lawan

Kebijaksanaan Fitri Saari pasti ditagih skuad negara dalam merencanakan serangan ke kubu lawan

Bahagian jentera tengah pasukan kebangsaan dilihat ampuh diatas kertas apabila gandingan marhan,fitri,nabil serta meor merupakan pemain pemain yang sudah serasi bersama. Cuma dibahagian pertahanan sedikit tempang apabila Izad Hakimi Jamaluddin terpaksa diketepikan akibat baru pulih dari demam denggi,namun gandingan ketua pasukan negara Sukri Mutallib, Faiz Helmi dan pakar pukulan sudut penalti negara Razie Rahim serta dibantu dua pemain muda negara Najmi Farizal dan Syed Mohamad Syafiq juga merupakan gandingan terbaik skuad negara.

Malah kehadiran semula penjaga gol terbaik asia S Kumar sudah pasti akan menjadi igauan buruk buat jentera serangan pihak lawan menghadapi skuad negara.

kehadiran penyokong di Ipoh tidak pernah mengecewakan

kehadiran penyokong di Ipoh tidak pernah mengecewakan

 

Walau apa pun diatas kertas, kelebihan yang paling ketara  buat pasukan negara pasti lah dari segi penonton dimana kehadiran penonton di Stadium Azlan Shah bagi menyokong pasukan kebangsaan tidak pernah mengecewakan. Ribuan penyokong pasti akan memenuhi setiap sudut stadium bagi menyemarakkan lagi semangat pemain negara.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top