Kuala Lumpur, 15 April 2017; Jaringan hatrik Hasya Syahida bt Saifuddin pada minit 21, 23 dan 33 sudah cukup untuk memberikan 3 mata berharga buat Wipers KLSS setelah berjaya menumpaskan CBN HC 4-1 dalam aksi Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2017 di Stadium Hoki KPM Bangsar petang semalam.
Jaringan hatrik itu bukan sahaja meletakkan Wipers KLSS berjaya mengutip 3 mata tapi meletakkan nama Hasya Syahida bt Saifuddin mengungguli carta senarai penjaring terbanyak dengan 6 gol dalam 3 aksi pertama beliau musim ini.
Pemain muda meningkat naik, Kirandeep Kaur a/p Gurdip Singh melengkapkan petang gemilang buat Wipers KLSS meraih tiga mata apabila turut mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-49 sebelum pemain tuan rumah, Suhaila Sata menjaringkan gol sagu hati CBN HC pada minit ke-58 perlawanan.
Kemenangan ini meletakkan Wipers KLSS di tangga ketiga kumpulan A dibelakang Sekolah Sukan Malaysia Sabah dan SSTMI setelah beraksi 3 perlawanan.