Home / Kejohanan / Yong Guns Langkah Kanan

Yong Guns Langkah Kanan

Pemain pasukan UniKL Young Guns Mohd Taufiq Kamjai meraikan jaringan pembukaan buat pasukan Young Guns

Pemain pasukan UniKL Young Guns Mohd Taufiq Kamjai meraikan jaringan pembukaan buat pasukan Young Guns

KUALA LUMPUR , 31 Mac, 2017; Pasukan UniKL Young Guns memulakan perlawanan pertama Divisyen Satu TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2017 dengan langkah kanan apabila membenam pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Junior 2-0 di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Jalan Pantai sebentar tadi.

Pasukan muda UniKL itu memperoleh gol seawal minit ke-7 hasil ledakan gol padang Mohd Taufiq Kamjai untuk kedudukan 1-0 itu kekal sehingga babak separuh masa pertama tamat.

Bermula separuh masa kedua, UniKL Young Guns terus menggandakan usaha bagi memburu kedudukan yang lebih selesa. Usaha mereka terhasil apabila Muhammad Chairil Daniel Rusli menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-39 menjadikan kedudukan 2-0.

Biarpun SSBJ Junior cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan namun mereka gagal mendapatkan sebarang gol sekaligus menghadiahkan mata penuh kepada pasukan UniKL Young Guns dalam perlawanan pertama TNB Liga Hoki Remaja Malaysia musim ini.

Jurulatih UniKL Young Guns, A. Arul Selvaraj berkata dia berpuas hati dengan persembahan anak buahanya pada perlawanan pertama liga remaja ini.

Arul berkata, “Saya gembira dengan permainan dan keputusan yang kami peroleh walaupun sebenarnya kami boleh lakukan lebih daripada itu. Ini adalah perlawanan ketiga mereka bermain bersama dalam pasukan selepas menghadapi pasukan AHP-MSP- Thunderbolts dan SSBJ Thunderbolts sebelum ini.

“Aapapun, saya harap kami akan semakin meningkat memandangkan kejohanan sudahpun bermula, saya yakin pemain juga pastinya akan bekerja lebih keras selepas ini. Untuk sekarang, saya gembira dengan tiga mata yang kami pungut,” tambah Arul.

Dalam Divisyen 2 Kumpulan A Lelaki pula, MSS Kedah menang 3-0 ke atas Perlis Stingers manakala MSSPP-PHA-USM bangkit untuk menang besar 7-1 mengatasi MISC UFL Pulau Pinang. Satu lagi perlawanan, Perlis Young Lions menang 2-0 ke atas MSSPP PHA USM Junior.

SMK Dato Mohamed Taha dari Negeri Sembilan pula memungut dua mata apabila mengatasi Per Hoki Johor Bahru 4-2 dalam penalti shoot out. Sebelum itu kedua-dua pasukan seri 1-1 berakhir sepenuh masa permainan.

Dalam saingan liga remaja perempuan Kumpulan A pula, ianya didominasi oleh pasukan Hoki Convent Bukit Nanas dan MSN Kedah. Kedua-dua pasukan ini masing-masing menang 3-0 ke atas lawan mereka dalam perlawanan pembukaan hari ini.

Keputusan Penuh:

Div Satu: UniKL Young Guns 2 BJSS Juniors 0

 

Division 2A: Stingers 0 MSS Kedah 3; MISC UFL Penang 1 MSSPP-PHA-USM 7; MSSPP PHA-USM Juniors 0 Perlis Young Lions 2.

 

Division 2C: Per Hoki Johor Bahru  1 SMK Dato Mohd Taha 1 (SMK Dato Mohd Taha menang 4-2 dalam penalti shootout)

 

Perempuan Group A: MSN Kedah 2 Sabah Sports School Malaysia 0; MSSPP USM Juniors 0 SMK Convent Bukit Nanas HC 3

 

 

 

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top