Young Guns bedil OLAK

Penjaga gol OIak PKT gagal mempertahankan kubu Olak dari dibolosi

Penjaga gol OIak PKT gagal mempertahankan kubu Olak dari dibolosi

Bukit Jalil,6 Februari 2015; Naib juara musim lalu UniKL Young guns membuktikan mereka adalah pasukan pilihan untuk bergelar juara musim ini apabila mudah membedil OLAK PKT 9-0 dalam pertemuan liga hoki remaja kebangsaan 2015  di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil Jumaat lalu.

Biarpun pihak pengurusan UniKL Young Guns meletakkan mereka bukan pasukan pilihan sebelum liga bermula ternyata memberi kelebihan kepada pasukan tersebut untuk tidak meletakkan tekanan terhadap mereka. Ini terbukti apabila pemain pemain Young Guns nampak selesa di atas padang dan menjadikan OLAK PKT mangsa terbaru mereka. 4 jaringan berjaya di hasilkan di separuh masa pertama menerusi Abdul Khaliq, Izzat Afifi dan 2 jaringan menerusi penyerang sensasi mereka Shafirul Aqmal.

Ketika pasukan lawan menjangka kan Young Guns akan mengendurkan permainan di separuh masa kedua ternyata meleset apabila Young Guns menambah 5 jaringan bagi melengkapkan petang gemilang mereka. Gol gol UniKL di sumbangkan oleh Nur Faiz dan masing masing 2 gol oleh  Zairie Mohd Nizam dan Maxhans Christi.

Kemenangan ini membolehkan Young Guns mengekalkan rekod bersih kemenangan 100%.

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top