Home / Arkib / Arkib Tempatan / MJHL 2014 / Piala Milo / Berita Piala Milo / Young Guns tundukkan MBPJ

Young Guns tundukkan MBPJ

Penyerang MBPJ cuba melepasi kawalan ketat pertahanan UniKL Young Guns dalam pertemuan separuh akhir pertama

Penyerang MBPJ cuba melepasi kawalan ketat pertahanan UniKL Young Guns dalam pertemuan separuh akhir pertama

Bukit Jalil,5 Mac 2014; UniKL Young Guns berjaya melepas halangan pertama separuh akhir apabila mudah menundukkan musuh tradisi mereka MBPJ 5-2 dalam pertemuan separuh akhir MJHL2014 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Pertemuan klasik ini amat amat ditunggu oleh peminat hoki negara dan kedua dua pasukan membuktikan nya apabila mempamerkan permainan yang cukup bertenaga. Namun UniKL lebih dahulu berjaya mendahului lawan pada minit ke 12 perlawanan sebelum pasukan MBPJ menyamakan kedudukan pada minit 27 melalui pukulan sudut penalti. Sebelum siren separuh masa pertama dibunyikan UniKL Young Guns berjaya sekali lagi membolosi gawang MBPJ menerusi pukulan sudit penalti.

UniKL Young Guns tidak menunggu lama apabila mereka sekali lagi membolosi gawang MBPJ pada minit ke 47 separuh masa kedua. Tersentak dengan gol tersebut MBPJ menggandakan asakan dan mereka berjaya merapatkan kedudukan apabila Mohamad Helmi B. Jaafar menyudahkan dengan sempurna pukulan penalti stroke yang dianugerahkan oleh pengadil perlawanan. Gol tersebut menyuntik semangat mbpj untuk melancarkan serangan bertali arus lagi namun keghairahan mereka mengundang padah apabila UniKL bijak menggunakan ruang yang ditinggalkan pemain MBPJ apabila menjaringkan gol ke 4 melalui satu serangan balas. Gol tersebut telah menambah tekanan kepada pasukan MBPJ dan kesilapan demi kesilapan telah dilakukan menyebabkan gawang mereka sekali lagi dibolosi dan menamatkan perlawanan dengan jaringan 5-2

About Senior Editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top